
Puas aku cuba menyelami makna sebenar 'CINTA'. Bukan kerana aku tidak pasti akan maksudnya, tapi ada kalanya, ia memang membingungkan.

Bila kala CINTA datang dan mengaburi segala prasangka, ia juga pergi meninggalkan seribu tanda tanya.... dan hati yang luka tak terkata...
Adakah ini semua kerana 'CINTA'? Ataupun kita, insan di dunia yang menyebabkan segalanya kerana nafsu, ketamakkan, ketidak setiaan, ketidakpuasan... Semuanya menghancurkan kesucian erti 'CINTA'.